Faktor penyebab Revolusi_Bunga_Teluki

Campur tangan dalam jajahan

Kelompok-kelompok pejuang kemerdekaan yang muncul mencetuskan konflik dalam jajahan-jajahan Afrika (Mozambique, Congo, Angola dan Guinea) memaksa perbelanjaan pemerintahan dilebihkan kepada tujuan ketenteraan. Pergelutan yang berlaku di kawasan-kawasan ini turut menyebabkan Portugal disisihkan negara-negara lain serta dikenakan embargo dan sekatan dagangan mereka.[5] Banyak rakyat yang berfahaman kiri politik termasuk pelajar universiti dan aktivis terpaksa keluar dari Portugal bagi mengelakkan dikerah atau ditahan dan diseksa pihak pemerintah atas keengganan mereka.

Ekonomi

Ekonomi Portugal pesat membangun sehingga dasar-dasar yang berkaitan menghasilkan konglomerat-konglomerat besar (seakan chaebol, keiretsu atau zaibatsu) merangkumi pelbagai industri yang turut tersebar di jajahan-jajahan Portugal, terutamanya di Cabinda (kini milik Angola) dan Mozambique. Ekonomi tempatan di kawasan jajahan Afrika sendirinya membangun pada kadar memberangsangkan, lebih-lebih lagi dalam sektor hasil pertanian dan pelancongan. Perang Jajahan Portugal yang berlanjutan selama dua dekad ini memakan sebanyak 40% perbelanjaan negara menjadi sungguh membebankan dalam kalangan rakyat lalu menambahkan momentum kepada puak yang ingin bertindak menentang Pemerintahan Estado Novo dalam kalangan tentera. Warga berbangsa Portugis di jajahan-jajahan Afrika juga rela menerima kemerdekaan di kawasan mereka sekiranya status ekonomi mereka dikekalkan.